Selasa, 4 Mac 2008
Penilaian Projek
Para pelajar sekalian
Penilaian pertama akan dilaksanakan pada minggu pertama penggal kedua.
Saya rasa, ramai yang memerlukan masa tambahan untuk melaksanakan projek kerana tugasan sekolah yang mencabar. Justeru, saya akan memberikan lebih banyak masa lagi untuk setiap kumpulan mengemas kini blog.
Perkara-perkara berikut harus diberikan perhatian:
- Pastikan blog kamu merupakan jurnal atau diari kumpulan di mana kamu menulis tentang pertemuan atau perbincangan kamu.
- Gambar atau klip video yang menunjukkan kamu sedang berbincang juga boleh dimuatnaikkan sebagai bukti bahawa kamu telah melaksanakan perbincangan.
- Blog kamu juga perlu dibuatkan dengan dapatan kajian kamu; iaitu apa yang kamu perolehi daripada sesi temu bual.
- Ramai kumpulan memuatnaikkan resipi tanpa memberi penjelasan tentang khasiat pemakanan. Pastikan sekurang-jurangnya jenis khasiat yang terkandung dalam makanan itu dijelaskan.
Hanya dua kumpulan sahaja yang masih belum mengemaskinikan blog. Saya harap kumpulan-kumpulan ini dapat menyiapkannya dengan segera.
kuliah disampaikan @ |7:46 PTG|
_________________________________________________________