Sila ketik gambar-gambar di bawah untuk melungsur =)
Isnin, 11 Februari 2008
Perkembangan Projek
Saya baru sahaja selesai melungsuri lelaman-lelaman kumpulan projek.
Secara keseluruhannya saya rasa kamu semua telah berusaha untuk menulis blog dan ada kumpulan juga yang telah mula memuatnaikkan gambar. Syabas! Ini satu usaha yang baik.
Namun, kamu juga diingatkan bahawa ujian akan berlangsung minggu ini. Masa seharusnya ditumpukan pada mata pelajaran lain juga. Jangan terlalu asyik dengan blog!
Ada juga satu atau dua kumpulan yang masih belum berjumpa dengan saya untuk memastikan tajuk projek mereka diterima. Bagi kumpulan-kumpulan ini, 3 minggu telah berlalu. Saya sarankan kamu berjumpa saya secepat mungkin.