Sila ketik gambar-gambar di bawah untuk melungsur =)
Ahad, 17 Februari 2008
Kelas Perbualan Bahasa Mandarin
Para pelajar sekalian
Seperti mana yang kamu tahu, kelas Perbualan Bahasa Mandarin akan bermula esok, 18 Feb 2008.
Bagi yang telah mendaftar, kelas bermula pada jam 3.30 petang hingga 5.30 petang.
Saya juga sedia maklum bahawa ada antara kamu yang perlu melawat Muzium Tamadun Purba (Ancient Civilization Museum) esok. Oleh itu, kamu hanya akan menyertai kelas sekembalinya daripada muzium.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, kemukakan kepada saya atau guru yang bertanggungjawab- Encik Ng Song Kang. Dia di pejabat yang sama dengan saya.