Rabu, 27 Februari 2008
Ujian Bagi Kelas Menengah 4 (Bahasa Melayu Lanjutan)
Arahan:
Tuliskan sebuah karangan naratif mengenai salah satu daripada peribahasa berikut dengan menggunakan sekurang-kurangnya 250 perkataan:
- Muka berpandangan, budi kedapatan kasih bagai selama jua
- Rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku
- Tangan mencencang bahu memikul
Karangan hendaklah diemelkan selewat-lewatnya pada Jam 11 malam, 27 Mac 2008.
Tindakan akan diambil terhadap pelajar yang tidak menghantar karangan pada waktu yang ditetapkan.
Emelkan karangan kamu ke siti_noraini_ibrahim@moe.edu.sg atau aini.ibrahim@gmail.com
Sekiranya kamu menghadapi sebarang masalah teknikal, sila hubungi cikgu melalui khidmat pesanan ringkas (sms) selewat-lewatnya pada jam 9 malam.
kuliah disampaikan @ |3:00 PTG|
_________________________________________________________
Selasa, 26 Februari 2008
Konsultasi Projek Bahasa Melayu 2008
Berikut ialah jadual konsultasi Projek Bahasa Melayu yang akan berlangsung sepanjang minggu ini dan minggu hadapan:
Rabu (27 Feb 2008)
1.30 ptg J.E.A.N.S
Khamis (28 Feb 2008)
2.00 ptg Klik 4
2.30 ptg Vivalavista
Rabu (5 Mac 2008)
1.45 ptg Kristal 4
2.00 ptg Bahtera
2.15 ptg Inforia
Khamis (6 Mac 2008)
2.00 ptg Chef Nana
2.30 ptg Klik 4
kuliah disampaikan @ |8:09 PTG|
_________________________________________________________
Ahad, 17 Februari 2008
Kelas Perbualan Bahasa Mandarin
Para pelajar sekalian
Seperti mana yang kamu tahu, kelas Perbualan Bahasa Mandarin akan bermula esok, 18 Feb 2008.
Bagi yang telah mendaftar, kelas bermula pada jam 3.30 petang hingga 5.30 petang.
Saya juga sedia maklum bahawa ada antara kamu yang perlu melawat Muzium Tamadun Purba (Ancient Civilization Museum) esok. Oleh itu, kamu hanya akan menyertai kelas sekembalinya daripada muzium.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, kemukakan kepada saya atau guru yang bertanggungjawab- Encik Ng Song Kang. Dia di pejabat yang sama dengan saya.
Terima kasih.
kuliah disampaikan @ |7:28 PTG|
_________________________________________________________
Isnin, 11 Februari 2008
Perkembangan Projek
Saya baru sahaja selesai melungsuri lelaman-lelaman kumpulan projek.
Secara keseluruhannya saya rasa kamu semua telah berusaha untuk menulis blog dan ada kumpulan juga yang telah mula memuatnaikkan gambar. Syabas! Ini satu usaha yang baik.
Namun, kamu juga diingatkan bahawa ujian akan berlangsung minggu ini. Masa seharusnya ditumpukan pada mata pelajaran lain juga. Jangan terlalu asyik dengan blog!
Ada juga satu atau dua kumpulan yang masih belum berjumpa dengan saya untuk memastikan tajuk projek mereka diterima. Bagi kumpulan-kumpulan ini, 3 minggu telah berlalu. Saya sarankan kamu berjumpa saya secepat mungkin.
Selamat belajar!
kuliah disampaikan @ |8:03 PTG|
_________________________________________________________
Pengumuman
Para pelajar sekalian
Disebabkan saya perlu menghadiri mesyuarat esok, maka perjumpaan pada jam 2 ptg 12-Feb-2008 dibatalkan.
Saya juga menghadapi beberapa masalah dengan format html Internet Explorer jadi mungkin kamu tidak dapat melihat beberapa pautan (link) kepada lelaman kawan-kawan. Walau bagaimanapun, di bawah ini saya sertakan pautannya.
Sebenarnya, lebih baik jika kamu menggunakan Mozilla Firefox.
Viva La Vista
Chef NaNa
Roti John
Fantastic 3
Makan Sedap
Kumpulan Nazri
Minah Jeans (perlu tukar nama kumpulan ya!)
kuliah disampaikan @ |1:22 PTG|
_________________________________________________________
Selasa, 5 Februari 2008
Tugasan Minggu Ini: 5 Feb 2008
Salam sejahtera para pelajar sekalian.
Sempena Tahun Baru Cina ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada para pelajar yang berbangsa Cina.
Tugasan Minggu ini adalah seperti berikut:
- Muat naikkan Usulan Projek
- Muat naikkan Perancangan Projek
- Pastikan terdapat tagboard dalam lelaman blog kumpulan kamu.
Tugasan perlu disiapkan selewat-lewatnya pada 10 Feb 2008 Jam 5 petang.
Kamu boleh memuatturunkan nota-nota serta rubrik projek di sini.
Selamat bercuti!
kuliah disampaikan @ |2:37 PTG|
_________________________________________________________
Jumaat, 1 Februari 2008
Projek Bahasa Melayu 2008
Salam sejahtera para penggunjung!
Demi memperkayakan dan melestarikan martabat Bahasa Melayu, para pelajar perlu diterapkan dengan budaya kerja yang baik dari peringkat rebung lagi.
Projek Bahasa Melayu yang dilaksanakan di Bowen merupakan satu wadah untuk melatih pelajar-pelajar agar berjinak-jinak dengan dunia penyelidikan.
Melalui lelaman ini, para pelajar serta ibu bapa boleh melungsur lelaman-lelaman yang disediakan oleh penyelidik-penyelidik cilik Bowen. Pada masa yang sama, berikanlah penyelidik-penyelidik cilik Bowen ini sokongan, kritikan membina serta panduan yang berguna.
Semoga kita sama-sama menuju ke arah kecemerlangan!
Salam hormat,
Cikgu Aini
kuliah disampaikan @ |10:09 PG|
_________________________________________________________