Sila ketik gambar-gambar di bawah untuk melungsur =)
Jumaat, 1 Februari 2008
Projek Bahasa Melayu 2008
Salam sejahtera para penggunjung!
Demi memperkayakan dan melestarikan martabat Bahasa Melayu, para pelajar perlu diterapkan dengan budaya kerja yang baik dari peringkat rebung lagi.
Projek Bahasa Melayu yang dilaksanakan di Bowen merupakan satu wadah untuk melatih pelajar-pelajar agar berjinak-jinak dengan dunia penyelidikan.
Melalui lelaman ini, para pelajar serta ibu bapa boleh melungsur lelaman-lelaman yang disediakan oleh penyelidik-penyelidik cilik Bowen. Pada masa yang sama, berikanlah penyelidik-penyelidik cilik Bowen ini sokongan, kritikan membina serta panduan yang berguna.
Semoga kita sama-sama menuju ke arah kecemerlangan!